AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

"Kepimpinan Thaqofah Teras Pembangunan Ummah"

HaaSiBuu AnFuSaKum QobLa An TuHaaSibuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim
Bunga sakura,

Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Thursday, March 18, 2010

Rentetann...

Wassalam.

Pejam celik, pejam celik, dah abis simpanan cutiku.. masa terlalu dan amat amat pantas berlalu.

12/3 - 20/3/2010

Khamis - Program Mahabbah
Jumaat - Program Mahabbah
Sabtu - Program Mahabbah
Ahad - Balik Umah / Rehat
Isnin - Balik Kampung kt KL (kampung Lamir, Kuantan, Pahang)
Selasa - Pergi Lawat Kak Long kat UIAM Gombak.. buat pertama kalinya
Rabu - Balik Umah kat Gombad
Khamis - Majlis Kawin Sahabatku (Husna & Hasanie ) di Renek, Besut. - terus ke umah sedara
kat kelantan- balik malam. - kawan singgah umah kejap....
Jumaat - Ada SKI - Balik Kampus - Perjumpaan ngan group Tadarrus
Sabtu - Tadarus di TTI & Pengisian Rohani

Rupanya ginilah jadualku, sendat tak sendat.. 'ala kulli hal kita yang merancang tapi Allah yang menentukan, kerana itulah sebaik2 perancang.

Buat sahabatku yang baru sahaja bergelar zaujah (Husna & Hasanie). kudoakan masjid yang dibina itu bakal menempa mahligai di akhirat kelaq. Bruntunglah kerna telah sempurna separuh drp agamamu.
Mabruk Alaiki !!

Wednesday, March 17, 2010

Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

DiPetik Straight Dr IluvIslam (moga bermanafaat buat semua)

Pengenalan Ringkas Khulafah ArRasyidin

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam Tempoh pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin ialah lebih kurang 29 tahun(11-41 hijrah). Khulafah Ar-Rasyidin terdiri daripada:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab
iii) Khalifah Uthman bin Affan
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib

Khalifah Abu Bakar

Nama: Abdullah bin Abi Qahafah
Keturunan: Bani Tamim
Gelaran: ‘As-Siddiq’ -mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj Peribadi: Merupakan orang yang pertama memeluk islam Seorang yang jujur, pekerti baik, amanah Meninggal dunia: 23 Jamadilakhir tahun 23 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah S.A.W

Pelantikan
: Rasulullah S.A.W tidak menetapkan seseorang sebagai pegganti selepas kewafatan baginda. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti beliau selepasnya. Kedua-dua membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah.


Sumbangan
:

i)Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii)Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur(Byzantine) di sebelah barat.

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Nama: Umar bin al-Khattab bin Naufal
Tarikh lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W
Keturunan: Bani A’dy
Gelaran: ‘Al-Faruk’ pemisah antara hak dan batil. Memeluk islam pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Meninggal dunia: Akhir bulan zulhijjah tahun 23 hijrah berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.

Pelantikan
: Melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat. Wasiat ditulis oleh Usman bin Affan. Dipersetujui oleh seluruh umat Islam


Sumbangan
:

i)Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Pencukaian dan Jabatan Perbendaharaan
ii)Mengembangkan pengajatan al-Quran
iii)Telah menyusun sistem ketenteraan
iv)Telah membina terusan dan tali air
v)Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

Khalifah Uthman bin Affan

Nama: Uthman bin Affan
Tarikh lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan: Bani Umaiyah
Peribadi: Dari kecil lagi terkenal dengan sifat mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan, dan memiliki semangat jihad yang tinggi
Gelaran: ‘Zunnurain’ kerana mengahwini dua puteri Rasulullah S.A.W
Meninggal dunia: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh pemberontak

Pelantikan
: Semasa Khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sebagai pergganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah,Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Tahlah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri daripada jawatan khalifah. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf megisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.


Sumbangan
:

i)Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarland, Cyprus dan Tripoli
ii)Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam

iii)Telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali dengan musyaf uthmani
iv)Telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat
v)Memperkukuhkan peranan baitumal

Khalifah Ali bin Abi Talib

Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Tarikh lahir: 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Peribadi: Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu yang mendalam.Kanak-kanak yang pertama memeluk islam
Meninggal dunia: 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun

Pelantikan
: Menerima jawatan Khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan Usman bin Affan.


Sumbangan
:

i)Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam
ii)Berusaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara
iii)Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria
iv)Mengembangkan sistem ekonomi negara

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
635 M - Penawanan Madain.
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637 M - Mesir ditawan.
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646 M - Kempen menentang Byzantine.
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Pesanan Editor

Lihatlah para sahabat Rasulullah saw yang berjuang bersunguh-sunguh demi agamaNya walau kekasih yang amat dicintai telah pergi meniggalkan mereka. Mata rantai dakwah yang diperjuangkan tidak akan pernah terhenti, maka adakah kita ingin menjadi penyambung mata rantai tersebut atau hanya menjadi mutiara yang tenggelam jauh ke dasar lautan,walau betapa cantik pun, tiada siapa yang akan mampu melihat atau menyentuhnya. Jadi ayuh sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian, mari kita sambung mata rantai perjuangan ini, walau terpaksa berkorban harta dan jiwa.'Sebarkanlah dariku walau pun satu ayat.'


JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

KITA TATKALA DALAM KUBUR

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur? Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit.

Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak. Terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal! Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini. Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.

Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :

Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidaklah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Dipetik dari Coretan Hana Kimi min IluvIslam.

JiWa TeRaSinG


SelAmAt Pagi Jami'an..

Cuti Penggal bulan ni, nyaris2 saja berlalu, cepat dan terlalu pantas rasanya zaman berlari, apakah yang mengejar atau apa yang dikejarnya.

"Ya Allah Ampunilah dosa hambaMu yang hina lagi dhoif ini, HambaMu ini tidak skali pantas menjadi seperti Rabi'ah Adawiah, yg munajatnya ibarat sang 'abid yg rindukan Cinta yg tidak ternilai..
Hartawan Si Khadijah lantas sahaja menambat hatiku, yg mustahil skali menjadi sprtinya, harta dan segenap kehidupanya habuan buat perjuangan suami tercinta,
Apatah lagi Si Aisyah, sang manja yang cintanya menggegarkan dunia, ribaannya menyaksikn pemergian Tauladan Terulung!!
Ya Allah... Aku juga tidak bisa mnjadi bak Fatimah Azzahra, puteri teragung Kekasih Allah, cintanya hanya pada Allah dan RasulNya, Berbakti tanpa mengenal lelah, kerna itu syurga pun merindukannya.
Khaulah Al-Azwar, wanita perkasa yg berjasa kpd Agama, Sumayyah, Masyitah, Asiah... tidak terhitung dek jari yang jahil ini, wanita2 yang syahidnya kerana pertahankan Tauhid semata2.
Ya Allah Ampunilah aku yang tidak bisa menjadi seperti mereka.
Tapi kucuba sedaya upaya untuk menjadi muslimah sejati, idaman syurgawi..... Amin"


Jadual yng mampat menghimpit ruangan cutiku, actually mmg tak ada istilah cuti dalam kamus hidupku, kapankah waktu cutiku yang sebenar??? teringat aku akan arwah ustaz hatta, perjuangannya tidak pernah mengenal masa, lapang atau cuti, tapi akhirnya, Allah berlaku adil dgn menganugerahkan waktu cuti yang cukup panjang, cuti buat selama-lamanya, sehinggalah berlaku ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla. tapi, adakah sempurna Amalanku utk memperolehi cuti seperti itu?? jannahkah pengakhiranku..?? dibandingkan dengan sahabatku yang lain, jauh skali hebatnya mereka, penat dan lelah makanan ruji harian,

Kehidupan itu yang aku impikan, ksibukan yang berpanjangan smata2 mncari keredhaan Allah. tapi dimnakah silapnya sehingga aku disibukkan dengan perkara yang melaghokan, adakah silap pada pemerintahannya, atau pada diriku sndiri, mahu atau tidak, aku pasrah, bahawa semuanya bermula dr diriku...

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini kupasrahkan semua padamu Tuhan baruku sedar indah nikmat sihat itu tak pandai aku bersykur kini kuharapkan cintamu kata2 cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku sakit yang yang kurasa biar jadi penawar dosaku butir2 cinta air mataku teringat smua yang kau beri untukku ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ILLAHI Muhasabah cintaku

Saturday, February 13, 2010

NuSyaZa


Copy,..

KASIH SAYANG ALLAH

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..

Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..

Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."


Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...

Friday, February 12, 2010

Salah Siapa, Sebenarnya.. Apa silapnya


Derhaka biasanya dikaitkan kepada sikap anak terhadap kedua org tuanya.. itulah adat yang sering berlaku dlm kalangan kita. Penah seorg lelaki, berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah SAW, tntg sikap anaknya yang derhaka kpdnya. haq ayahnya tidak ditunaikan.. lalu ditanya kepada anaknya, apa yang dijawab adalah sebaliknya, {si ayahnya pada asal tidak memberikan pendidikan agama dan tarbiyyah kepada anaknya..} inilah kesilapan terbesat ibubapa zaman skang.. mereka hanya melihat haq zahir yg perlu ditunaikan, nafkah, pakaian, makanan , tmpat tinggal dan sebagainya yang berbentuk dunia, tanpa disedari haq isteri dan anak2 nya yang berbentuk ukhrawi diabaikan dengan sewang-wenangnya ..

Sebenarnya, Haq seorang ayah yg paling utama terhadap anaknya, adalah bermula sebelum dia berkahwin lagi, iaitulah ketika memilih calon isteri, andai isterinya seorg yang solehah, maka isterinya lah yg membantunya mencorak anak2nya nanti, berbekalkan didikan agama yg sempurna, itulah isteri yang solehah. maka terlaksanalah sebahagian haq ayahnya terhadap anaknya.. TAPI, bilamana si lelaki memilih perempuan yang tholihah, yakni wanita yang kurang baik, dr segi pakaian mahupun akhlaq, maka ternyatalah, dia sendiri telah menderhaka anak yang bakal dilahirkan kerana telah mengabaikan haq anaknya itu, iaitu seorg ibu yang solehah.

Namun segalanya diukur, dengan menguji sejauh mana kekuatan si suami dalam mentarbiyyah si isteri yang kurang solehah. Attoyyibatu littoyyibin.. itulah janji Allah sebenarnya, tapi mengapa masih ada mempertikai.. "ada juga lelaki baik yng mdapt isteri yang kurang taat.." perlulah diketahui bahawa, dalam bab ni ada 2 perkara.. bagi lelaki yang bernasib sprti ini, samada itu sebagai Kafarah ketas kesalahannya yang lalu dan sebagai ujian keatasnya.. itu bergantung kepd sisuami, keyakinan pada Allah itu perlu ada.. andai dilihat dgn pandangan keimanan maka akan terzahirlah rasa taqwa pada Allah.

Jadi pesanan buat Lelaki disana, pilihan anda adalah penetu halatuju anak anda, tunaikan haq anak2mu mulai saat ini, ia! saatnya adalah sebelum hari pernikahanmu. Sucikan jiwamu, bersihkan hatimu,, kerna kelak hatimu bakal berguna utk memandu jalan hidupmu pada masa akan datang.

pilihlah sesuatu melalui pandangan mata hati,
kerana itulah bisikan nurani,
pancaran Nur Ilahi..

~Pesanan Hawa Buat Adam~

AhlaN WaSahLan Ya.. UkhTii..


Assalamualaikum, pembuka bicara.
Alhamdulillah masih lagi dikurniakan ni'mat terbesar ya'ni ni'mat Iman dan Ni'mat Islam.. yg mana dgn keduanya ana n pembaca sekalian masih lagi teguh diatas jalanNya. Moga diredhai Allah semua hendaknya.

Selesai sudah 1 tugasku utk awal tahun ni.. hakikatnya masih banyak lg yg menanti, apapun kucuba gagahi utk memenuhi seruanNya yg kunjung tiba. seminggu sudah, minggu Orientasi "baby" baru.. yg bakal memenuhi ruang kekosongan di mahad yg skang ni lebih glamour dipanggil IQ Terengganu, namun ana lebih slesa dgn panggilan Maahd, kerana itulah yang sewajarnya. Seminggu sblm ketangan adik2 baru, aku mndapat satu mimpi, cukup mmberi khabar gembira padaku, mgkin satu rahmat, ntahlah... naluriku makin kuat mnyatakan maksud tafsiran mimpi itu.. bagaikan Permata ditatah berlian, tiba harinya aku mndapt "basyir" yg mana waktu tu, mimpiku menjadi kenyataan. alngkah bersyukurnya aku, mungkin satu ujian dan mungkin satu ni'mat.. dariMu Ya Allah. Pantaskah utk ku membimbingnya??? Sejujurnya Aku blum ckup kuat utk memimpin tangannya utk sntiasa bersamaku, kerna aku sndiri x bisa mnjadi diriku sesuai dgn fitrahku.. ia, fitrah berAgama, Islam adalah agamaku, tapi aku masih tidak mampu utk beramal dgn Ajaran yg dibawa o Islam sepenuhnya, namun aku cuba utk menuruti titah perintahNya.

Seminggu bagaikan sebulan, itulah seksanya berada dalam minggu tarbiyyah, walaupun pada zahirnya, kami mentarbiyyah adik2 dgn suatu perkara yg baru, yg cukup menguji jasmani dan rohani , namun sebenarnya, kami sndiri ditarbiyyah terus dari Allah.. apa yang kami perkatakan bal=kal dipertanggungjawabkan o Allah. Ya Allah ampunilah hamba sekiranya kami tidak mampu melaksanakannya apa yg diperkatakan, dan bantulah dan berilah kekuatan kepada kami utk melaksanakn apa yang diperkatakan. sangat mencabar, Aku cuba menyampaikan segala Asas da'wah Islam yang wajib diketahui umum. hanya orang yg mahu sahaja bisa menerimanya. Alhamdulillah ..respond positif aku terima dari junior baru ini, mungkin lagaknya, berlatar belakangkan result yang cemerlang dalam PMR.. itu tidak aku nafikan. aku jadi segan berhadapan dgn mreka, kerana aku tahu, mereka bakal menjadi lebih hebat dari aku, dan itulah yg aku harapkan. Nilai Islam terus kami terapkan agar mereka bisa amalkan, walaupun tidak mengerti sepenuhnya, tapi biarlah itu mnjadi bekalan tatkala kami melangkah keluar nanti.

Seusai minggu orientasi, kami pihak fasi, mula mengorak langkah menautkan taliah mahabbah, tanda kemaafan atas keterlanjuran sepanjang program berlangsung.. setiap yg baru, mereka pasti ada persepsi tersendiri kepada sesuatu yang lama.. Aku mula mengenali, buah mimpiku, ternyata dia punya personaliti yang agak menarik utkku dekati. apapun.. biarlah ianya terjadi secara praktikal bukannya amali di benak fikiranku sahaja.

Akhirnya, buat adik2ku sekalian, ku doakan dikau bisa menjadi pemegang Kalamullah, yang bisa menggegarkan dunian suatu hari nanti, mungkin terlalu besar anganku, tapi itulah kehendaknya. Teruskan perjuangan kami ya Ukhti.. Wassalam....


AnTaRa RaJaK (Harapan) DaN KhAuF (Kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Maka dengan sifat itulah Allah akan memperlakukan kita.. Wallahua'lam