AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

"Kepimpinan Thaqofah Teras Pembangunan Ummah"

HaaSiBuu AnFuSaKum QobLa An TuHaaSibuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim
Bunga sakura,

Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Wednesday, March 17, 2010

Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

DiPetik Straight Dr IluvIslam (moga bermanafaat buat semua)

Pengenalan Ringkas Khulafah ArRasyidin

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam Tempoh pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin ialah lebih kurang 29 tahun(11-41 hijrah). Khulafah Ar-Rasyidin terdiri daripada:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab
iii) Khalifah Uthman bin Affan
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib

Khalifah Abu Bakar

Nama: Abdullah bin Abi Qahafah
Keturunan: Bani Tamim
Gelaran: ‘As-Siddiq’ -mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj Peribadi: Merupakan orang yang pertama memeluk islam Seorang yang jujur, pekerti baik, amanah Meninggal dunia: 23 Jamadilakhir tahun 23 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah S.A.W

Pelantikan
: Rasulullah S.A.W tidak menetapkan seseorang sebagai pegganti selepas kewafatan baginda. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti beliau selepasnya. Kedua-dua membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah.


Sumbangan
:

i)Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah.
ii)Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur(Byzantine) di sebelah barat.

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Nama: Umar bin al-Khattab bin Naufal
Tarikh lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W
Keturunan: Bani A’dy
Gelaran: ‘Al-Faruk’ pemisah antara hak dan batil. Memeluk islam pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Meninggal dunia: Akhir bulan zulhijjah tahun 23 hijrah berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.

Pelantikan
: Melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat. Wasiat ditulis oleh Usman bin Affan. Dipersetujui oleh seluruh umat Islam


Sumbangan
:

i)Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Pencukaian dan Jabatan Perbendaharaan
ii)Mengembangkan pengajatan al-Quran
iii)Telah menyusun sistem ketenteraan
iv)Telah membina terusan dan tali air
v)Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

Khalifah Uthman bin Affan

Nama: Uthman bin Affan
Tarikh lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan: Bani Umaiyah
Peribadi: Dari kecil lagi terkenal dengan sifat mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan, dan memiliki semangat jihad yang tinggi
Gelaran: ‘Zunnurain’ kerana mengahwini dua puteri Rasulullah S.A.W
Meninggal dunia: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh pemberontak

Pelantikan
: Semasa Khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sebagai pergganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah,Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf Tahlah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri daripada jawatan khalifah. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf megisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.


Sumbangan
:

i)Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarland, Cyprus dan Tripoli
ii)Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam

iii)Telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali dengan musyaf uthmani
iv)Telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat
v)Memperkukuhkan peranan baitumal

Khalifah Ali bin Abi Talib

Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Tarikh lahir: 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
Peribadi: Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu yang mendalam.Kanak-kanak yang pertama memeluk islam
Meninggal dunia: 40 hijrah setelah memerintah selama 5 tahun

Pelantikan
: Menerima jawatan Khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan Usman bin Affan.


Sumbangan
:

i)Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam
ii)Berusaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara
iii)Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria
iv)Mengembangkan sistem ekonomi negara

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
635 M - Penawanan Madain.
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637 M - Mesir ditawan.
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646 M - Kempen menentang Byzantine.
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Pesanan Editor

Lihatlah para sahabat Rasulullah saw yang berjuang bersunguh-sunguh demi agamaNya walau kekasih yang amat dicintai telah pergi meniggalkan mereka. Mata rantai dakwah yang diperjuangkan tidak akan pernah terhenti, maka adakah kita ingin menjadi penyambung mata rantai tersebut atau hanya menjadi mutiara yang tenggelam jauh ke dasar lautan,walau betapa cantik pun, tiada siapa yang akan mampu melihat atau menyentuhnya. Jadi ayuh sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian, mari kita sambung mata rantai perjuangan ini, walau terpaksa berkorban harta dan jiwa.'Sebarkanlah dariku walau pun satu ayat.'


No comments:

Post a Comment

AnTaRa RaJaK (Harapan) DaN KhAuF (Kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Maka dengan sifat itulah Allah akan memperlakukan kita.. Wallahua'lam