AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

"Kepimpinan Thaqofah Teras Pembangunan Ummah"

HaaSiBuu AnFuSaKum QobLa An TuHaaSibuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim
Bunga sakura,

Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Wednesday, March 17, 2010

KITA TATKALA DALAM KUBUR

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur? Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit.

Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak. Terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal! Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini. Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.

Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :

Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidaklah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Dipetik dari Coretan Hana Kimi min IluvIslam.

No comments:

Post a Comment

AnTaRa RaJaK (Harapan) DaN KhAuF (Kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Maka dengan sifat itulah Allah akan memperlakukan kita.. Wallahua'lam