AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

"Kepimpinan Thaqofah Teras Pembangunan Ummah"

HaaSiBuu AnFuSaKum QobLa An TuHaaSibuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim
Bunga sakura,

Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Rentetann...

Wassalam.

Pejam celik, pejam celik, dah abis simpanan cutiku.. masa terlalu dan amat amat pantas berlalu.

12/3 - 20/3/2010

Khamis - Program Mahabbah
Jumaat - Program Mahabbah
Sabtu - Program Mahabbah
Ahad - Balik Umah / Rehat
Isnin - Balik Kampung kt KL (kampung Lamir, Kuantan, Pahang)
Selasa - Pergi Lawat Kak Long kat UIAM Gombak.. buat pertama kalinya
Rabu - Balik Umah kat Gombad
Khamis - Majlis Kawin Sahabatku (Husna & Hasanie ) di Renek, Besut. - terus ke umah sedara
kat kelantan- balik malam. - kawan singgah umah kejap....
Jumaat - Ada SKI - Balik Kampus - Perjumpaan ngan group Tadarrus
Sabtu - Tadarus di TTI & Pengisian Rohani

Rupanya ginilah jadualku, sendat tak sendat.. 'ala kulli hal kita yang merancang tapi Allah yang menentukan, kerana itulah sebaik2 perancang.

Buat sahabatku yang baru sahaja bergelar zaujah (Husna & Hasanie). kudoakan masjid yang dibina itu bakal menempa mahligai di akhirat kelaq. Bruntunglah kerna telah sempurna separuh drp agamamu.
Mabruk Alaiki !!

Wednesday, March 17, 2010

KITA TATKALA DALAM KUBUR

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur? Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit.

Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak. Terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal! Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini. Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.

Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :

Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidaklah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Dipetik dari Coretan Hana Kimi min IluvIslam.

JiWa TeRaSinG


SelAmAt Pagi Jami'an..

Cuti Penggal bulan ni, nyaris2 saja berlalu, cepat dan terlalu pantas rasanya zaman berlari, apakah yang mengejar atau apa yang dikejarnya.

"Ya Allah Ampunilah dosa hambaMu yang hina lagi dhoif ini, HambaMu ini tidak skali pantas menjadi seperti Rabi'ah Adawiah, yg munajatnya ibarat sang 'abid yg rindukan Cinta yg tidak ternilai..
Hartawan Si Khadijah lantas sahaja menambat hatiku, yg mustahil skali menjadi sprtinya, harta dan segenap kehidupanya habuan buat perjuangan suami tercinta,
Apatah lagi Si Aisyah, sang manja yang cintanya menggegarkan dunia, ribaannya menyaksikn pemergian Tauladan Terulung!!
Ya Allah... Aku juga tidak bisa mnjadi bak Fatimah Azzahra, puteri teragung Kekasih Allah, cintanya hanya pada Allah dan RasulNya, Berbakti tanpa mengenal lelah, kerna itu syurga pun merindukannya.
Khaulah Al-Azwar, wanita perkasa yg berjasa kpd Agama, Sumayyah, Masyitah, Asiah... tidak terhitung dek jari yang jahil ini, wanita2 yang syahidnya kerana pertahankan Tauhid semata2.
Ya Allah Ampunilah aku yang tidak bisa menjadi seperti mereka.
Tapi kucuba sedaya upaya untuk menjadi muslimah sejati, idaman syurgawi..... Amin"


Jadual yng mampat menghimpit ruangan cutiku, actually mmg tak ada istilah cuti dalam kamus hidupku, kapankah waktu cutiku yang sebenar??? teringat aku akan arwah ustaz hatta, perjuangannya tidak pernah mengenal masa, lapang atau cuti, tapi akhirnya, Allah berlaku adil dgn menganugerahkan waktu cuti yang cukup panjang, cuti buat selama-lamanya, sehinggalah berlaku ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla. tapi, adakah sempurna Amalanku utk memperolehi cuti seperti itu?? jannahkah pengakhiranku..?? dibandingkan dengan sahabatku yang lain, jauh skali hebatnya mereka, penat dan lelah makanan ruji harian,

Kehidupan itu yang aku impikan, ksibukan yang berpanjangan smata2 mncari keredhaan Allah. tapi dimnakah silapnya sehingga aku disibukkan dengan perkara yang melaghokan, adakah silap pada pemerintahannya, atau pada diriku sndiri, mahu atau tidak, aku pasrah, bahawa semuanya bermula dr diriku...

Muhasabah Cintaku

Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini kupasrahkan semua padamu Tuhan baruku sedar indah nikmat sihat itu tak pandai aku bersykur kini kuharapkan cintamu kata2 cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku sakit yang yang kurasa biar jadi penawar dosaku butir2 cinta air mataku teringat smua yang kau beri untukku ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ILLAHI Muhasabah cintaku

Wednesday, December 9, 2009

ChEcK n BaLaNcE


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Oleh : Muiz al-hakim

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur


51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

www.iluvislam.com

AnTaRa RaJaK (Harapan) DaN KhAuF (Kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Maka dengan sifat itulah Allah akan memperlakukan kita.. Wallahua'lam