AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

"Kepimpinan Thaqofah Teras Pembangunan Ummah"

HaaSiBuu AnFuSaKum QobLa An TuHaaSibuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim
Bunga sakura,

Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Monday, September 21, 2009

KhUtBaH RaYa

Oleh:As- sYaHiDaH An-NaiLah

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Dia Memberikan kita sebulan, diantara 12 bulan, bulan inilah bulan yang terpilih... cukuplah bulan ini sebagai satu MADRASAH TARBIYYAH.. tapi, sejauh mana bulan ini mampu mentarbiyyah kita dari segi fizikal dan mental.. mungkin boleh juga dinamakan SYAHRUT-TADHIYYAH, time nilah banyak pengorbanan kita kene laksanakan, dr segi jadual hariannya, kalau dulu kuat makan, masuk je time ni.. semua jadi haram. pendek kate semua yg halal jadi haram,, tak smualah at least bnda ni yg terbaik buat kita.. tujuan diadakan bulan ni juga.. salah satunya supaya kita amalkan dalam bulan2 lain, kenapa kita berjaya buat kat bulan ramadhan tapi tidak dalam bulan2 lain..?? mengapa?? kauorg tak tau?? (ana lagilah tak tahu) at de last Allah bagi kita satu hari kemenangan, satu hari je, tak lebih.. yg lebih tu... just utk melengkapi satu bulan, kalau hari ke 30 puluh tu still ada org nak bagi duit raya... pon dihentam budak2 hingusan yg tak tau apa2 , heheh (mata duitan)..

Bulan inilah juga yg mengajar kita erti tawakkal, means that all, termasuk sume bndalah kita serahkan segala ketentuan kita pada Allah, senang bahasa "apa nak jadi-jadilah" dan bila Tuhan kata "kun... " maka selepasnya tak lain tak bukan "fayakun." lah jadinya, tugas kita just usaha. tawakkal tu sndri tak lari dari sifat yakin, kita yakin makanan sahur kita mampu menampung tenaga utk kita bergerak spnjg hari.. meneropong sejarah serta sirah yg berlaku dalam bulan yang mulia ini, iaitu Perang Badar yang mana berlaku pada tahun ke-2 H. dgn kekuatan puak musyrikin pada tika itu melebihi angka 1000 org, berbalas dgn puak Islam yg hanya 313 orang, namun dengan keyakinan dan tawakkal yang tinggi kpd Allah, Dia telah mencampakkan kemenangan di pihak Islam. (TAKBIR!!) namun melihat tawakkal dari sudut lain, konsep ini hanya ada pada orang yg beriman sahaja, apa yang nak saya highlight kan kat sini adalah MENYERAHKAN SEGALA KETENTUAN DI TANGAN ALLAH DAN KITA YAKIN!!

"innallaaha yuhibbul mutawakkilin"

besar sangat ke konsep tawakkal ni sehingga dirakamkan didalam Kitabullah sebagai orang yang dicintai Allah..??? ya, sangat besar kedudukannya. melihat sahaja kepada fenomena yang berlaku di negara kita, yang gempar dengan laungan "SATU MALAYSiA" ntah apa yang hendak diketengahkan dgn slogan ini yang sbnrnya, ana boleh cakap.. "diorg tak tahu apa2....", isu kes terbaru, seorang artis indonesia, Kartika,yang mengaku bersalah atas tuduhan meminum minuman keras (arak) yang meminta hukuman sebat, tapi dikomen oleh pihak atasan, ahli perwakilan negara satu malaysia.. mereka smua inilah golongan yang tidak yakin bahawa hanya hukum Allah yang tertinggi. mereka mengaku Islam tapi dr sudut nama sahaja, namun hati dan jiwa mereka, lebih taruk dari kafir la'natullah!.. seburuk2 orang kafir, diorg hanya mengelilingi dengan sepucuk rafel.. segolongan jemaah yang sedang bersolat, sedikit pon tidak menerjah.. tapi, bagaimana kita melihat di negara yang dikatakan AMAN, polis dan ahli2 yang ana sndiri tidak tahu dimanakah mereka tergolong... menarik serta menerjah org yang sedang mempertahankan masjid (RUMAH ALLAH), astaghfirullah!! tidak malukah mereka dengan Allah???

Ayat pengharaman BABI@ KHINZIR, sudahpun termaktub didalam Al-Quran, yang mana spatutnya mnjadi sumber pertama bagi ummat Islam, pon diabaikan, Bala yang menimpa dikatakn penyakit.. virus..ujian,, tapi sedarkan mereka.. semua ini adalah Bala Bencana daripada Allah, kerana keingkaran mereka terhadap hukum hakam Allah, kalau zaman isu selsema burung, semua ayam dihentam.. dibunuh dengan kejam... takutnya akan virus burung. tapi bila timbul isu selsema BABI.. khinzir.. dibiarkan, knapa?? SEBAB, khinzir antara PENYUMBANG UTAMA kepada ekonomi negara, setiap juzu' daripada anggota binatang tu.. mempunyai manfaat!! so, thats whylah.. krajaan amik peluang ni, tanpa melihat kepada hukum-hakam Allah.


"Yaa Ayyuhallazhiina-Aamanud-khuluu fissilmi kaaffah walaa tattabi'uu khutuwaaatis-syaitaan innahu lakum 'aduwwum-mubiin"
(surah Al-Baqarah : ayat 208)

Isu penggambungan politik pon mnjadi satu isu, mengapa Pas menolak sebulat suara cadangan penggabungan parti???? sebab DASAR yang diperjuangkan cukup berbeza!! mana mungkin, suatu yang Haq boleh berganding@ bercampur dengan yang Batil?? ketahuilah wahai ummat Islam, Agama Islam itu sndiri tidak boleh ditampal dengan JAHILIYYAH. betul, mereka semua ada yang beragama Islam, tapi hakikatnya mereka tidak MENGANUT AJARAN YANG DIBWA OLEH ISLAM itu sndiri.. selagi mana mereka tidak mengubah dasar mereka kepada Islam..

Jadi ana menyeru diri ana terutamanya, dan diri pembaca kat luar sana, hisablah diri kita, dimanakah kita, haluan kirikah kita, ataupun haluan menuju jannahNya. sesunggunya hidayah itu milk Allah:

"Laisa 'alaika hudaahum walaakinnallahayahdii man yasyaa.."
(surah al-baqarah : ayat 172)

Al-halal bayyinun wa haram bayyinun wa bainahuma bayyinun aidhan.. tepuk dada tanya Iman. Aasif jiddan kalau ada apa2 yg terkasar bahasa terlebih emosi n apa2 sahajalah bntuk kekurangan dalam "khutbah" ana. Akhirnya apa yang baik itu semuanya daripada Allah. dan yg buruk itu dari kelemahan ana sendiri. hakikatnya semuanya dari Allah.

"kullu banii Adam khotto', wakhoiru khottoiina tawwabun.."

Sekian, wassalam

Petikan: amik skit2 dari khutbah raya kat masjid Tengku Zainal b. Long ( Masjid Datuk ana)
Pengkhutbah: Ustaz Ikhwan (kalau tak silap) ex MDQ..

Friday, September 18, 2009

Amanah...


Ntah.. nape rasa nak taip sndiri malam.. ni.. mungkin sebab banyak kerja sangat kot.. Actually malam ni letih bangat, nak kata banyak sangat kerja yg dibuat tak mane pon.. baju tak terlipat, kain tak terbasuh.. tapi sempatlah kemas 2 buah rumah (hebat tak... ada gak angan2 nk jadi org gaji je..)

Tapi bile je menatap gambar hiasan kat tepi ni, baruku sedar, Alam ni tercipta dengan kekuasaan Allah, Amazing kan, dengan saiz rekaan yg cukup berbeda dr sekecil2 zarah hingga sebesar2nya.. sebesar rumah perdana menteri ke?? ofcoss not.. jika nak dibandingkan dengan mahligai yg tercipta di syurga nanti,,, janji bagi insan yg beramal soleh.
Ya Allah rasa terlalu besar tangungjawab yg telah Engkau ta'lifkan kepadaku ini, hamba yang hina lagi dina, sungguh dhoif sisimu.. apalah yg ada pada diriku andai dibandingkan dengan wanita sezaman dengan Baginda Ar-Rasul SAW..

aku tidaklah setabah Fatimah Azzahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW,
aku bukannya sehebat Saidatina Aisyah.. yang bisa menongkah beban sisuami tatkala dalm kedukaan,
aku tidaklah sekental Khaulah Al-Azwar yg mampu berjuang sebaris dengan saff para mujahid yg lain..
aku bukanlah seperti mereka.. yg bisa mempunyai kekuatan yg agak luarbiasa kukira...

Tapi aku sedar, aku cuma hambaMu selaku khalifah.. itu sudah cukup memberiku alasan mengapa aku diberi cubaan. Ayat pertama surah Al-Ankabut, aku terjahi, benar sungguh kata2Mu, setiap huruf dalam KalamMu memberikan ma'na yang cukup mendalam.... aku sekali lagi terpesona dengan ciptaanMu.

Terkadang Ku merintih, mengapa aku diuji, dan sampai kapankah penderitaan yg harus aku jalani ini, ahh belum cukup penjara ber-air-cond, yg pernah aku singgahi, cukup memberikan gambaran kepada ku.. bagaimana perasaan si pejuang kalimah Suci itu. Tangga 24 Januari 2009, tarikh yg cukup sadis bagi ku dan para pejuang yg lain, tatkala mendengar berita tntg kematian seorang insan yang amat aku segani, perjuangan nya yg ku kira kurang dari 20 tahun.. cukup memberikan impak "maksima" terhadap diriku.. mengajarku betapa ajal tidak mngenal usia. kehidupannya.. demi Islam semata2, Ya Allah aku cukup mencemburuinya, betapa singkatnya waktu perjuangannya.. kenangan itu aku kuburkan bersama memori silamku, untuk menggali diari al-jadid.

Ya Allah sungguh, aku masih lemah untuk menanggung Amanah yang engkau titipkan kepadaku ini.
"Jangalah meminta sesuatu kuasa, kerna apabila engkau ditimpa dengan kuasa yang engkau pinta, maka engkau akan dibebani dengan kuasa itu, TETAPI, sekiranya engkau ditimpa dengan satu kuasa yang tidak pernah engkau pinta, maka engkau akan dibantu untuk melaksanakannya.."

Aku cukup yakin dengan kata2 itu..
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa hati ini berkumpul hanya kernaMu, Berjuang hanyalah kerna AgamaMu, Permudahkanlah segalanya bagi kami, hijabkanlah segala pergerakan kami terhadap orang yang memusuhi kami... bangkitkanlah kami dengan suatu semangat yang luar biasa, agar bisa kami melaungkan seruanMu hingga ke pelusuk dunia.. demi melihat khalifah Islam itu kembali tertegak..

Petikan: "Luahan Nurani Sang Hamba"


Keluhan Seorang Pendakwah

letih...letih..letihh....
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
SeLetih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.banyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?


Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Monday, August 24, 2009

Keutamaan Sedekah

Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)

Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."
(Aishah r.anha)

Sedekah mengandungi 10 kebaikan:

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki

Kebaikan di Akhirat

1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga



Sumber: Tanbihul Ghafilin

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Saturday, August 22, 2009

TeRtAwA DiDuNiA... MeNaNgIs Di AkHiRaT



Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburilah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Thursday, August 20, 2009

Berjuang.. Tetapi Tidak Ikhlas?

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.: “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya. Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka. Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.” Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.” Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)


Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh. Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim) Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan.

Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3] Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.” Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya. Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111]. “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23] Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.” Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya. Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat. Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir) Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.

AnTaRa RaJaK (Harapan) DaN KhAuF (Kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Maka dengan sifat itulah Allah akan memperlakukan kita.. Wallahua'lam